Tuesday, November 2, 2010

Mereka boleh..kenapa bukanku..




Mereka boleh..kenapa bukanku..

“Mereka boleh , aku pun boleh..mungkin aku tidak sehebat dan segagah mereka, namun aku yakin aku tidaklah selemah yang disangka”

Seorang pemanah perlu memanah tepat ke tengah bulatan
Seorang pemburu perlu menembak tepat binatang buruannya
Penjaga gol perlu menangkap bola yang ingin menerobos gawangnya
Pemain pula perlu menjaringkan gol lawannya
Seorang perenang perlu menamatkan renangannya
Seorang pemandu bas perlu memandu ke destinasinya
Seorang musafir perlu sampai ke tempat yang ingin ditujuinya
Seorang hamba perlu mengikuti arahan tuannya

Jika tidak…

Pemanah akan gagal dalam pertandingannya
Pemburu gagal dalam perburuannya
1-0
Tersilap jaring gol sendiri
X sampai2, lemas dilautan
Tersilap destinasi
Leka di pertengahan jalan
Derhaka kepada tuannya

Lihatlah kepentingan matlamat dan tujuan..
Kita seringkali gagal dalam tindakan kita kerana tidak jelasnya matlamat.
Berikut panduan menetapkan matlamat sebagai perkongsian:

1. Sedar kepentingan mencapai matlamat tersebut dan yakin kita akan berjaya melakukannya.
2. Ambil pen dan kertas.
-Tulis matlamat yang ingin dicapai secara jelas
Cth :
Saya akan solat 5 waktu penuh
Saya ingin mencapai 8A dalam PMR : tuliskan subjek dan gred A
Saya ingin berhenti merokok sekarang
Saya tidak akan berjudi lagi walau apa pun

3. Tulis dan senaraikan perkara positif yang akan kita dapat.
Contoh : Jika saya tidak berjudi lagi:
·         Saya tidak perlu meminjam wang dan mempunyai hutang dengan sesiapa lagi
·         Saya dapat simpan wang yang ada dan gunakan wang untuk keluarga, waktu kecemasan dan simpanan hari tua
·         Saya akan bebas dari ketagihan dan dapat hidup secara normal seperti biasa dan selesa
·         Saya bebas dari dosa besar judi yang seksanya pedih diakhirat nanti
·         Saya berharap Allah terima taubat saya dan saya termasuk dikalangan hamba Allah yang dikasihi-Nya
·         Saya taubat nasuha dan berazam tidak akan mengulangi lagi.

Baca matlamat tersebut setiap hari. seeloknya ditampal dan dibaca berulangkali setiap hari. Bayangkan dan berimaginasi saat indah kita berjaya mencapai matlamat tersebut.

4. Elakkan daripada pengaruh luar atau tabiat negatif yang cuba melalaikan kita daripada matlamat asal kita.

5. Sentiasa berdoa mohon dipermudahkan Allah mencapai matlamat kita.
 (Doa + usaha + tawakal)

“tetapkan matlamat, yakin pada dirimu, mulakanlah langkahmu sekarang…”
“mempercayai diri anda lemah sebelum benar-benar terbukti anda lemah adalah kelemahan anda yang paling lemah”
Buku rujukan tambahan Hari Ini : Membina Imaginasi Cemerlang, Dr. HM Tuah Iskandar, Karya Bestari. 
p/s : maaf kelewatan entri..manakala entri Buku : Pedagogi masih dalam pembacaan:)

No comments:

Post a Comment