Latihlah Dirimu Menghafal Al-Quran
Menghafal al-Quran merupakan amalan mulia dan sangat dituntut. Para penghafal al-Quran mendapat kemuliaan di sisi Allah dan ganjaran pahala yang besar.
Rasulullah bersabda : Paling mulia diantara umatku adalah orang-orang yang memelihara (menghafal al-Quran).- Hadis riwayat oleh At-Tabrani
Rasulullah juga bersabda : Sebaik-baik manusia adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain).- Hadis riwayat oleh Imam Al-Bukhari
Kaedah menghafal al-quran berbeza bagi setiap individu. Namun terdapat beberapa kaedah menghafal al-Quran yang dicadangkan seperti berikut :
- Memilih waktu yang paling sesuai untuk menghafal seperti sebelum tidur,waktu awal pagi atau selepas solat Tahajud dimana fikiran masih kosong dan tenang.
- Menghafal satu ayat demi ayat. Gambaran ayat dilukiskan dalam hati dan fikiran dan kemudian diulang-ulang minimum 20 kali sehingga lancar. Kemudian, baharulah menghafal ayat berikutnya seperti kaedah di atas. Elakkan perasaan terburu-buru berpindah ayat.
- Bagi ayat/kalimah yang sukar, eloklah diulang-ulang lebih banyak sampai 40 kali.
- Pastikan hafalan yang baru diperoleh diulang-ulang setiap hari sebelum tidur, selepas tidur dan sebelum memulakan hafalan baru yang lain sekurang-kurangnya 3 kali.
Rujukan : Panduan Menghafal Al-Quran oleh Abu Mazaayaa Al-Hafiz terbitan Darul Nu’man.
Bagi orang awam yang mungkin kurang keyakinan dalam menghafal, eloklah kita menghafal surah-surah pendek dan surah lazim dahulu seperti surah dalam juz 30, an-Naba’,al-Mulk, al-Insaan,Yaasin dan as-Sajdah.
- Pilih waktu yang sesuai..Hanya 15-20 minit sahaja sehari. Contohnya selepas solat Subuh atau Maghrib.
- Hafal satu ayat satu hari sahaja. Dibaca berulangkali sehingga lancar seeloknya 60 kali.
- Sebelum memulakan ayat baru, ulang ayatyang dihafal semalam seeloknya 20 kali.
InsyaAllah, amalkan berterusan. 1 bulan dah 30 ayat.:)
Namun, setelah kita menghafal al-Quran, perlulah sentiasa disiplin dalam mengulang dan elakkan tidakmengulang hafalan, cuai sehingga kita lupa apa yang dihafal dan mendapat dosa pula kerana melupakan hafalan al-Quran.
Selamat membaca dan menghafal al-Quran. Hafalan tidak semestinya habis 30 juz. Hafalan mengikut kemampuan kita asalkan ia terjaga dan diulang sentiasa.:)
Wassalam.
No comments:
Post a Comment