Sunday, November 28, 2010

Tip Penenang Hati 1


Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, insyaAllah kita akan kongsikan tip-tip penenang hati tulisan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni.

1. Berfikir dan bersyukurlah
Betapa tak terkira nikmat yang Allah berikan, namun kamu seringkali melupakannya..nikmat kesihatan yang baik, aman dalam perjalanan, pancaindera yang baik, pekerjaan, tempat tinggal dan makanan yang mencukupi..nikmat penglihatan, nikmat pendengaran dan nikmat-nikmat lain yang sempurna..hanya seringkali kamu tidak mensyukurinya..kadangkala kamu terlalu resah hati dengan sesuatu yang  kamu tiada, sedangkan sebenarnya kamu dalam kenikmatan yang sempurna dan kurnia yang besar..lihatlah orang yang dibawah kamu..yang tiada tempat tinggal, tidak lengkap pancaindera, kebuluran, dalam peperangan dan sebagainya..berfikir dan bersyukurlah..

Allah S.W.T berfirman : "...dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah S.W.T, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.." (Ibrahim:34)

2.  Yang Lalu, Telah Berlalu
Janganlah kamu hidup di atas kepedihan dan kesedihan masa lalu,sehingga diperangkap oleh masa lalu. Apakah kamu hendak kembalikan aliran sungai yang mengalir ke muaranya, matahari ke tempat terbitnya, anak kecil ke dalam perut ibunya, air susu ke dalam putingnya, air mata ke matanya kembali?

Teruskanlah kehidupan..sesungguhnya manusia tidak memerhatikan apa yang telah tertutup,dan tidak menoleh ke belakang..lihatlah angin yang berhembus kedepan, air yang mengalir ke depan dan kafilah yang berjalan ke hadapan, maka janganlah kamu menentang fitrah dan arus kehidupan.

3.  Harimu Adalah Harimu
Jika kamu berada di pagi hari, janganlah menunggu sehingga petang. cukuplah hari ini sebagai harimu. Tidak perlu kita kita bimbang hari semalam yang telah pergi dengan baik dan buruknya. Juga tidak untuk hari esok yang masih belum datang. Hari ini yang mana matahari menyinari kehidupanmu, maka jadikanlah hari ini hari yang baru sebagaimana kamu baru dilahirkan. Janganlah kamu merosakkan kehidupan hari ini dengan dengan kepedihan masa lalu dan perkiraan masa hadapan yang belum tentu.

Fokuskanlah seluruh hidupmu pada hari ini dengan seluruh perhatian. Kamu membahagi jamnya , minitnya bagaikan tahun dan detiknya bagaikan bulan..berbuatlah kebaikan didalamnya, berilah yang terbaik dan mohonlah keampunan diatas kesalahan masa lalu. Nescaya kamu akan hidup sentiasa senang dan gembira.
Sekian.

Petikan asal diedit dan diringkaskan.


Thursday, November 11, 2010

SEMANGAT PAGI!!!PAGI!PAGI!PAGI!

Salam kepada sahabat sekalian. Entri kali ini mari kita amalkan beberapa tips petikan daripada buku :  
A Touch of Greatness (Sentuhan Kejayaan) , tulisan Frank Tibolt dan terjemahan oleh Azlin Ashaari.
Buku ini sudah lama terbit, tahun 1996 lagi. Bagi yang belum membacanya, saya cadangkan sahabat turut membacanya. Ia sungguh bermanfaat . InsyaAllah.

SEMANGAT PAGI! PAGI! PAGI! PAGI!

Berapa ramai daripada kita yang bangun pagi dan memberikan kata-kata semangat pada diri ?

Kata-kata yang dapat memberi kita motivasi segar di awal pagi…

Atau kita sekadar bangun pagi, gosok gigi, solat, sarapan, online baca paper dan terus ke tempat kerja atau tempat belajar..ada juga yang bangun lewat pagi, malahan ada yang sambung balik tidur:)

Apa kata kita buat perubahan sedikit. Cuba kita lihat orang2 yang berjaya..biasanya mereka akan mulakan hari dengan penuh SEMANGAT di awal PAGI

Antaranya ada yang mempunyai skrip khas lagu2 motivasi ketika mandi pagi..

Contohnya : jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukannya..senyumlah, senyumlah alahai..senyum seindah suria yang bercahaya, senyumlah dari hati duniamu berseri..dan sebagainya.  

Cubalah kita amalkan dengan skrip masing2..kalau tak nak di bilik mandi, boleh dinyanyikan ketika bersiap atau menyikat rambut dsb..

Bagi alumni ESQ, sudah pasti biasa dengan yell semangat PAGI!PAGI!PAGI! :) agar kita sentiasa dalam mood bersemangat.

Mengikut buku rujukan diatas, kata2 yang memberangsangkan yang diulan-ulang terus-menerus setiap pagi akan membina dan membentuk sikap positif dalam kehidupan. Sikap positif akan membuat kehidupan kita lebih menarik dan mencabar!

Ucapkan kata-kata berikut dengan kuat setiap pagi sehingga sahabat menemui kata2 anda sendiri:

1. Untuk sesuatu perkara itu berlaku, ia terserah kepada saya.

2. Dunia ini terdiri dari perkara-perkara yang indah, oleh itu kita semestinya bergembira seperti seorang raja. (sentiasa ceria).

3. Tuhan telah menjadikan hari ini, saya akan sentiasa mensyukuri dan bergembira dengan hari ini.

4. Saya sedia menerima kesukaran. Cara ini menyelesaikan sebahagian daripada masalah itu sendiri.

5. Saya bersedia dengan “boleh melakukan” dan Tuhan menyediakan “bagaimana caranya”

6. Saya suka kerjaya saya. Ini adalah satu sebab mengapa saya mendapat limpah nikmatnya.

7. Tuhan mencipta kita, tetapi Dia mengurniakan kuasa bagi kita memilih bagaimana membentuk kehidupan dan kekayaan kita sendiri. Itu adalah satu usaha yang harus dibuat sendiri. Setiap hari saya bertanya kepada diri saya sendiri: Apakah yang dapat saya buat hari ini untuk memjukan diri?

Ayuh sahabat, kita cuba amalkan. Seeloknya ditampal ditempat yang biasa kita lihat. Bacalah diawal pagi. InsyaAllah akan rasa lebih bermotivasi dalam kehidupan!
Semoga bermanfaat:)

Monday, November 8, 2010

Jangan Lupa Allah


Jangan Lupa Allah

Sabda Rasulullah : “Dunia ini ibarat makhluk yang dilaknat kecuali yang ada di dalamnya sentiasa ingat kepada Allah S.W.T” Sunan at-Tirmidzi : 2244, Ibn Majah: 4102

Setiap perkara yang kita kecapi di dunia ini semuanya tiada berharga sekiranya ia dikecapi dengan hawa nafsu tanpa bertunjangkan keimanan kepada Allah. Lihatlah, betapa dunia tidak begitu bernilai di sisi Allah, sebaliknya yang lebih berharga adalah hamba-hamba-Nya yang patuh dan taat kepada-Nya. 

Hiduplah berlandaskan apa yang Allah SWT tetapkan. Jadikan dunia sebagai medium untuk kita mencari dan menyediakan bekalan ke akhirat. Bekerjalah dengan mencari rezeki yang halal dan niat yang betul untuk menyara keluarga, membantu mereka yang memerlukan dan sebagai ibadah kepada Allah SWT. 

Lihatlah emas yang belum diproses, nilainya tidaklah begitu tinggi. Namun, setelah diproses dan dibentukkan, nilai emas itu akan meningkat berkali ganda tingginya. Begitulah juga manusia, pada asalnya sama sahaja tarafnya antara satu sama lain, tanpa mengira keturunan dan jantina. Namun seperti emas, apabila telah diproses dan dibentuk menjadi cantik, kehidupan manusia menjadi berbeza. Di sisi Allah SWT ukuran nilai iman dan taqwa dalam diri kitalah yang membezakan antara hamba-hamba-Nya.

Kembara hidup orang kafir di dunia adalah kabur dan tiada matlamat hidup yang jelas melainkan berebut kenikmatan dan kekayaan di dunia. Sebaliknya kembara orang yang beriman, hidup mereka mempunyai matlamat yang jelas untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.  Kehidupan mencari rezeki merupakan kewajipan dan sesekali tidak pernah memesongkan mereka daripada niat dan tujuan hidup yang sebenar.

“ Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka menghina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa itu berada di atas mereka pada hari kiamat. Dan Allah SWT memberi rezeki kepada orang yang Dia kehendaki tanpa perhitungan.”
Al-Baqarah: 212

Kisah Abdul Rahman bin Auf

Abdul Rahman bin Auf seorang yang sangat kaya. Suatu hari Rasulullah SAW bersabda kepadanya, “saudara ini adalah bakal ahli syurga. Tetapi saudara akan masuk ke dalam syurga dalam keadaan merangkak-rangkak. Ini disebabkan oleh harta saudara yang sangat banyak itu.”

Abdul Rahman bin Auf sangat terkejut, lalu dia terus mengeluarkan sedekah daripada harta-hartanya sehingga tidak ada satu pun yang tinggal padanya. Ini kerana dia tidak mahu hartanya menjadi penghalang dia memasuki syurga Allah SWT dalam keadaan diatas.

Kisah Saad Bin Muaz

Saad bin Muaz RA memeluk Islam ketika berusia 31 tahun dan meninggal ketika berusia 37 tahun. Beliau sempat hidup sebagai umat Nabi Muhammad SAW hanya selama enam tahun. 

Ketika hari kematiannya, Rasulullah SAW bersabda, “Arasy Allah SWT bergegar kerana hilangnya seorang mukmin yang member I manfaat kepada Allah SWT dan kepada Islam.”

Saad tidak pernah mensia-siakan waktunya untuk menunaikan kewajiban pengabdian diri kepada ALLAH SWT. Seluruh jasad dan jiwanya dikerah mengabdikan diri kepada-Nya tanpa rasa jemu.

Marilah kita bersama mengambil pengajaran daripada kisah sahabat Rasulullah SAW ini dalam hidup kita seharian.
Sekian.:)

Petikan Asal : Tundukkan Hati, Rahsia Keikhlasan Hidup di Dunia Fana, oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Annual Bakri Haron, 2009, Anbakri Publika.

Friday, November 5, 2010

5 Ciri-ciri Orang Yang Ikhlas


Oleh  : KH. Abdullah Gymnastiar

Syaikh Ahmad Ibnu Athaillah berkata dalam kitab Al Hikam

“Amal perbuatan itu sebagai kerangka yang tegak, sedang ruh (jiwa) nya adalah tempat terdapatnya rahsia ikhlas (ketulusan) dalam amal perbuatan”.

Bab tentang ikhlas adalah bab yang mutlak dan paling penting untuk difahami dan diamalkan, kerana amal yang akan diterima Allah S.W.T hanyalah amal yang disertai dengan niat ikhlas.

“Tidaklah mereka diperintah kecuali agar berbuat ikhlas kepada Allah dalam menjalankan agama”.

Oleh kerananya, sehebat apapun suatu amal bila tidak ikhlas, tidak ada apa-apanya dihadapan Allah SWT, sedang amal yang sederhana saja akan menjadi luar biasa dihadapan Allah SWT bila disertai dengan ikhlas.

Tidaklah hairan seandainya solat yang kita kerjakan belum terasa khusyu, atau hati selalu resah dan gelisah dan hidup tidak merasa nyaman dan bahagia, kerana kunci dari itu semua belum kita dapatkan, iaitu sebuah keikhlasan.

Ciri-ciri orang yang memiliki keikhlasan di antaranya :

1. Hidupnya jarang sekali merasa kecewa

Orang yang ikhlas dia tidak akan pernah berubah sikapnya seandainya disaat dia berbuat sesuatu kebaikan ada yang memujinya, atau tidak ada yang memuji/menilainya bahkan dicacipun hatinya tetap tenang, karena ia yakin bahwa amalnya bukanlah untuk mendapatkan penilaian sesama yang selalu berubah tetapi dia bulatkan seutuhnya hanya ingin mendapatkan penilaian yang sempurna dari Allah SWT.

2. Tidak tergantung / berharap pada makhluk

Sayyidina Ali pun pernah berkata, orang yang ikhlas itu jangankan untuk mendapatkan pujian, diberikan ucapan terima kasih pun dia sama sekali tidak akan pernah mengharapkannya, karena setiap kita beramal hakikatnya kita itu sedang berinteraksi dengan Allah, oleh karenanya harapan yang ada akan senantiasa tertuju kepada keredhaan Allah semata.

3. Tidak pernah membezakan antara amal besar dan amal kecil

Diriwayatkan bahawa Imam Ghazali pernah bermimpi, dan dalam mimpinya beliau mendapatkan kabar bahwa amalan yang besar yang pernah beliau lakukan diantaranya adalah disaat beliau melihat ada seekor lalat yang masuk kedalam tempat tintanya, lalu beliau angkat lalat tersebut dengan hati-hati lalu dibersihkannya dan sampai akhirnya lalat itupun bisa kembali terbang dengan sehat. Maka sekecil apapun sebuah amal apabila kita kerjakan dengan sempurna dan benar-benar tiada harapan yang muncul pada selain Allah, maka akan menjadi amal yang sangat besar dihadapan Allah S.W.T.

4. Banyak amal kebaikan yang rahsia

Mungkin ketika kita mengaji di hadapan orang ramai maka kita akan mengaji dengan enaknya, lama dan penuh khidmat, ketika kita shalat berjamaah apalagi sebagai imam kita akan berusaha khusyu dan lama, tapi apakah hal tersebut akan kita lakukan dengan kadar yang sama disaat kita beramal sendirian ? Apabila amal kita tetap sama bahkan cenderung lebih baik, lebih lama, lebih enak dan lebih khusyuk maka itu bisa diharapkan sebagai amalan yang ikhlas. Namun bila yang terjadi sebaliknya, ada kemungkinan amal kita belumlah ikhlas.

5. Tidak membezakan antara bendera, golongan, ras, atau organisasi.

Fitrah manusia adalah ingin mendapatkan pengakuan dan penilaian dari keberadaannya dan segala aktivitinya, namun pengakuan dan penilaian makhluk, baik perseorangan, organisasi atau tempat kerja itu relatif dan akan sentiasa berubah, banyak orang yang pernah dianggap sebagai pahlawan namun seiring waktu berjalan adakalanya berubah menjadi sosok penjahat yang patut diwaspadai. Maka tiada penilaian dan pengakuan yang paling baik dan yang harus senantiasa kita usahakan adalah penilaian dan pengakuan dari Allah SWT.

Begitu besar pengaruh orang yang ikhlas itu, sehingga dengan kekuatan niat ikhlasnya mampu menembus ruang dan waktu. Seperti halnya apapun yang dilakukan, diucapkan, dan diisyaratkan Rasulullah, mampu mempengaruhi kita semua walau beliau telah wafat ribuan tahun yang lalu namun kita senantiasa patuh dan taat terhadap apa yang beliau sampaikan.

Bahkan orang yang ikhlas bisa membuat iblis (syaitan) tidak bisa banyak berbuat dalam usahanya untuk menggoda orang ikhlas tersebut. Ingatlah, apapun masalah kita kita janganlah hati kita sampai pada masalah itu, cukuplah hanya ikhtiar dan fikiran saja yang sampai pada masalah tersebut, tapi hati hanya tertambat pada Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui akan masalah yang kita hadapi tersebut.

Semoga bermanfaat untuk kita.Sekian.:)

5 PANDUAN KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT



5 PANDUAN KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT

1. Selalu mengucapkan kalimah tayyibah iaitu “La ilaha illallah muhammadar rasulullah”.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bemaksud: “Banyakkanlah berzikir kepada Allah pada setiap perkara kerana tidak ada amal yang paling dicintai oleh Allah dan tidak ada yang menyelamatkan seorang hamba daripada keburukan di dunia dan akhirat melainkan berzikir kepada Allah.”

2. Apabila ditimpa sesuatu musibah, ucapkanlah “Innalillahi wa-inna-ilaihi-rojiun.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah memperbanyakkan perkataan melainkan zikir kepada Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Apakah tiada aku tunjukkan kepadamu kunci untuk membuka pintu daripada pintu-pintu syurga?” Kata sahabat, “Apakah kunci untuk pintu syurga itu?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Dengan sentiasa menyebut “Lahaula-wala quwwata-illa billahil ‘aliyi-azim.” Zikir ini bermaksud, “Tiada daya, tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah.” Apabila zikir ini selalu disebut-sebut, insya-Allah seseorang itu akan diberi ketenangan dalam menerima ujian dan keredaan daripada Allah.

3. Apabila dikurniakan nikmat, maka ucapkanlah “Alhamdulillah” sebagai tanda bersyukur atas nikmat yang diberi oleh Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: “Ucapan yang paling disukai oleh Allah ada empat iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, Wa la ilahaillallah, Allahu akbar.” Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Sekiranya dunia dan seluruh harta kekayaan yang berada di atasnya diserahkan ke tangan seorang daripada umatku, kemudian orang itu berkata Alhamdulillah, maka ucapan Alhamdulillah itu lebih berharga daripada seluruh harta itu. Ini kerana harta dunia akan habis, tetapi ucapan Alhamdulillah itu akan berkekalan selama-lamanya hingga akhirat.”

4. Ucapkanlah Bismillahir-rohmanir-rahim ketika hendak memulai sesuatu pekerjaan.

Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa setiap pekerjaan baik yang tidak dimulai dengan menyebut nama Allah, maka pekerjaan itu tidak mendapat keberkatan daripada Allah.

5. Ucaplah “Astaghfirullahal-azim wa atubu ilaih” apabila terbuat dosa.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Perlukah aku beritahu kepadamu tentang suatu penyakit dan ubatnya kepada kamu? Sesungguhnya penyakit manusia itu adalah dosa, dan ubatnya adalah istighfar.” Sebagai manusia kita tidak sunyi daripada melakukan salah dan dosa, maka cepat-cepatlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Dalam hadis lain Rasulullah bersabda, yang bermaksud, “Barang siapa yang membiasakan dirinya membaca istighfar, Allah akan melepaskannya daripada segala macam kesempitan dan terlepas daripada setiap kesusahan dan Allah memberi rezeki kepadanya dengan tidak disangka-sangka.” Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah.

Mudah-mudahan panduan ini dapat kita amalkan untuk mendapat kehidupan yang diredai oleh
Allah dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.:)

-Petikan Majalah-