Saturday, October 30, 2010

Kau..Aku..Pemimpin



Kau..Aku..Pemimpin

Setiap dari kita merupakan pemimpin. Pimpinan bermula dari tanggungjawab memimpin diri kita sendiri, keluarga, jiran,memimpin ahli masyarakat dan seterusnya memimpin negara. Kita kelak akan disoal dan dipertanggungjawab tentang kepimpinan dan amanah yang kita pikul.
Berikut beberapa ciri-ciri pemimpin yang baik sebagai perkongsian.

1.  Cinta dan minat sepenuhnya dengan apa yang kita lakukan.
Terapkan cinta, minat dan rasa tanggung jawab terhadap pasukan dan organisasi dalam diri setiap ahli. Berikut Rukun 3T dan Prinsip 3K yang boleh diamalkan.

Rukun Usrah 3T : Ta’aruf. Tafahum dan Takaful

a. Ta’aruf. Saling kenal mengenal. Berkenalan dalam erti sebenarnya memerlukan masa yang berterusan dan rasa ukhuwah yang tinggi.

b. Tafahum. Saling memahami satu sama lain. Ikatan persaudaraan yang terjalin menuntut rasa kesefahaman dalam diri dan rasa tanggungjawab membantu sesama ahli.

c. Takaful. Tolong menolong membantu kearah kebaikan dan gerakan dakwah. Prinsip amar makruf dan nahi munkar menjadi pegangan.

Prinsip 3K : Kebersamaan, Kesefahaman dan Kebanggaan

a.  Kebersamaan

Wujudkan kebersamaan dan rasa kesatuan dalam pasukan dan ahli kumpulan. Setiap masalah yang dihadapi adalah masalah bersama untuk ditangani. Wujudkanlah rasa kekitaan. “Kau + Aku = Kita”
Kita hendaklah bersama..”, “Program kita menghadapi masalah…”.. “Syarikat kita perlu mencapai..”

b.  Kesefahaman

Setiap ahli mempunyai peranan masing-masing yang menyumbang pencapaian pasukan. Justeru, ahli pasukan perlu saling memahami dan menghargai pendapat serta kebajikan sesama ahli pasukan.

c.  Kebanggaan

“Aku bersyukur dan bangga berada dalam kumpulan/pasukan ini”.
“Aku bangga Kelantan menang piala Malaysia. Aku bangga jadi anak Kelate”

Naikkan semangat ahli pasukan tentang kejayaan-kejayaan terdahulu dan peluang serta potensi pasukan untuk mencapai kejayaan bersama.

2.  Tetapkan matlamat bersama dan buat yang terbaik mencapainya bersama-sama dalam satu pasukan. 
Matlamat bersama hendaklah jelas, spesifik, boleh dicapai dan mempunyai tempoh masa.

3.  Sikap yang positif dan sokongan moral yang berterusan.

Murah dengan senyuman, meluangkan masa berkongsi dan menyelesaikan masalah ahli pasukan, memberi pujian ikhlas atas usaha dan pencapaian ahli, melazimi ucapan terima kasih, ganjaran seperti belanja makan dan sebagainya.

4.  Nilai-nilai yang baik diterapkan dalam kepimpinan.

Wujudkan nilai bersama yang menjadi pegangan dan amalan pasukan. Nilai tersebut perlulah sentiasa diulang-ulang atau ditampal, agar menjadi amalan setiap ahli. Contohnya ESQ melandaskan 7 nilai utama : Jujur, Tanggung jawab, Wawasan, Disiplin, Kerjasama, Adil dan Prihatin.

5.  Mengagihkan tugasan secara jujur dan teratur

Pemimpin sentiasa memberi galakan kepada ahli pasukan untuk berdikari dan membangunkan potensi diri.

6.  Kepimpinan melalui teladan.  

Tingkatkan karisma diri dan bina personaliti diri unggul. Sentiasa tenang dalam setiap keadaan dan berfikirlah secara matang dalam mengambil setiap keputusan.

7.  Sedia bertanggungjawab atas setiap perbuatan atau tindakan ahli pasukan sama ada baik atau buruk, berjaya atau gagal.

8.  Bergaul dengan orang yang berjaya dan bersahabat dengan sahabat yang baik. Pelajari rahsia kejayaan mereka.

Sekian.Semoga bermanfaat.Wasalam.

“Learn to serve. Let go of your ego and offer assistance to others.”- Danny and Marie Lena

“You cannot control what happens to you, but you can control your attitude toward what happens to you, and in that, you will be mastering change rather than allowing it to master you.”

“Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do. If you haven’t found it yet, keep looking, and don’t settle. As with all matters of the heart, you’ll know when you find it.” ~ Steve Jobs

Rujukan Tambahan : Mengurus Kerja Berpasukan, Ahmad Fadzli Yusof, PTS Publications.
p/s : Buku Rujukan Esok :  Pedagogi : Strategi Teknik Mengajar Berkesan..buat para pendidik.:)

Friday, October 29, 2010

Warkah Peringatan Bagi Yang Berfikir...

Setiap orang mampu berfikir..namun tidak semua orang mampu berfikir dalam erti kata yang akan membuahkan peringatan atau zikir dalam kehidupan.

1. Fikir Mencari Hikmah

Setiap peristiwa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Keupayaan fikiran kita tidak mampu untuk mengetahui hikmah sebenar setiap peritiwa yang berlaku. Namun, kita mampu untuk mengambil iktibar yang baik sebagai pengalaman, pengajaran dan semangat atau prinsip hidup kita dalam kehidupan.
Harta benda,kekayaan, pangkat kedudukan,isteri & anak, kesihatan, tubuh badan, pancaindera, masa kehidupan merupakan pinjaman dan ujian daripada Allah untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran kita.
Hanya hati yang tenang dapat melalui ujian tersebut dengan baik. Ingatlah, tidaklah kaya itu dengan kaya harta, tetapi yang dinamakan kaya itu ialah kaya jiwa.
Friman Allah : "ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"-Ar-Ra'd: 28

2. Fikir Mencari Prinsip

a. Memberilah,nescaya hatimu akan tenang..
Memberilah apa yang kau miliki..harta,ilmu, kepakaran,masa dan tenaga bahkan senyuman dan kata-kata doa yang baik..nescaya hatimu akan tenang dan gembira..jadikanlah prinsip hidupmu : "Erti hidup pada memberi"..nescaya kau kan dikasihi penduduk di langit dan di bumi.InsyaAllah.

b. Berubahlah..paksa dirimu berubah lebih baik
Orang berjaya ialah orang yang berjaya mengawal dirinya..halakan dirimu ke arah kejayaan..kejayaan dalam pelajaran, bisnes, pekerjaan dan sebagainya. Tetapkan target sasaran dan matlamat, kemudian paksa dirimu bekerja ke arahnya..
"orang beruntung ialah yang hari ini lebih baik dari semalam.."
"berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian"
"kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya"
"memulakan sesuatu itu adalah hebat, tetapi menyelesaikannya adalah lebih hebat"
"cara yang terbaik untuk menggerakkan diri anda ialah dengan memberikan tugas kepada diri sendiri"

c. Kawallah kemudimu..bukannya arah angin
Kita mampu untuk mengawal diri kita kemana kita ingin tuju..sekiranya kita ditimpa musibah atau kekalahan, kita mampu untuk terus menangis, bersedih sepanjang masa dan berputus asa atas rahmat tuhan..namun kita juga mampu untuk terus bangkit daripada kekalahan, mencari kekuatan diri dan membina kehidupan baru yang lebih baik..renungkanlah sahabatku...
" seorang yang pesimis akan merungut tentang arah angin. seorang yang optimis akan menjangka bahawa arah angin itu akan berubah. seorang pemimpin pula akan memperbetulkan layarnya.- John Maxwell.

Akhir kata, Fikirlah mencari Zikir.Semoga kita temuinya.InsyaAllah.
Sekian..
Rujukan Buku Hari Ini : Nota Fikir Untuk Zikir, Pahrol Mohd Juoi, terbitan Galeri Ilmu.
Nota Fikir Untuk Zikir

p/s : Buku Untuk Esok: Pembangunan Diri: Mengurus Kerja Berpasukan..nantikan ulasannya esok:)..wasalam.


Warkah Cinta..Aku, Buku dan Cinta...


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat sekalian.

kucoretkan laman ini tanda cintaku pada buku..
kan kukongsikan cintaku ini bersamamu sahabat,
agar engkau turut merasa cinta terhadapnya..
cinta sepenuh hati..
seperti cinta pemburu-pemburu ilmu..insyaAllah.